Bapa Mentua Tidak Setuju Rapelson Bertanding PRK Tanjong Datu

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Bapa mentua Rapelson Richard Hamit, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu, berkata beliau tidak bersetuju menantunya menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu.

Galau anak Galih, 54, ketua rumah panjang dengan 19 keluarga di Kampong Temalan Dayak dekat sini, berkata beliau percaya menantunya itu diperdaya untuk bertanding.

Katanya selaku anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, beliau perlu membuat penjelasan agar tidak dianggap antikerajaan.

"Tindakan menantu saya adalah pilihannya sendiri," kata Galau dalam sidang media, di sini, Sabtu.

Katanya beliau juga hanya tahu tentang hasrat Rapelson, 31, untuk bertanding itu pada saat-saat akhir.

"Saya terkejut dan kesal dengan keputusannya. Jika saya tahu lebih awal saya akan pujuk dia batalkan hasrat bertanding, lebih-lebih lagi di Tanjong Datu.

"Bagaimanapun nasi sudah menjadi bubur dan saya menggesa pengundi agar menyokong Jamilah kerana hanya kerajaan (BN) sahaja yang dapat membantu rakyat, terutama dalam isu tanah Hak Adat Bumiputera yang kini dieksploitasi oleh Rapelson dalam kempennya," kata beliau. 

Galau yang juga peserta perladangan kelapa sawit komersil, berkata isu berkenaan harus ditangani oleh pemimpin Dayak dalam kerajaan dan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

"Begitu juga dengan isu seperti kurangnya peluang untuk Dayak dalam perkhidmatan awam dan lain-lain," katanya.

Galau berkata walaupun Rapelson memilih platform politik berbeza, hubungan kekeluargaan tidak akan terjejas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rapelson , Tanjong Datu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan