Penunggang Superbike Perlu Ajar Pengguna Kapcai - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penunggang motosikal berkuasa tinggi (superbike) amat dikenali sebagai antara pengguna jalan raya paling berdisiplin dan perlu menjadi contoh kepada pengguna lain terutamanya penunggang motosikal kapcai, demikian saranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, penungggang superbike perlu berkongsikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada penunggang motosikal kecil dan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes kematian membabitkan kumpulan kumpulan pengguna kapcai.

"Jangan hanya berkumpul sesama sendiri, tetapi bercampurlah dengan penunggang motosikal kapcai supaya mereka boleh belajar satu atau dua perkara untuk berdisiplin di atas jalan raya," katanya.

Ahmad Zahid menekankan bahawa negara mencatatkan 521,466 kemalangan trafik pada tahun lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun dan lebih daripada separuh jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.

"Dua tahun lalu, lebih 7,100 kematian dicatatkan akibat kemalangan dan lebih separuh jumlah itu merupakan penunggang motosikal," katanya.

Tambah beliau, kemalangan trafik juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk menampung kos perubatan sebanyak RM9.2 juta bagi merawat mangsa dan kehilangan produktiviti.

"Angka kemalangan trafik perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus pada setiap tahun.

"Tidak realistik jika mengharapkan sifar kemalangan tetapi kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengurangkan kadar kemalangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan