Lebih 1,200 Penunggang Motosikal Nikmati Petrol Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Seramai 1,211 penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah di pulau bebas cukai ini menikmati petrol percuma, malam Khamis.

Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda Umno Labuan dan Umno Bahagian Labuan bagi membantu meringankan beban golongan belia berikutan kenaikan harga petrol.

Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata siri kedua program itu akan dilaksanakan setiap bulan sepanjang tahun ini.

"Kami gembira apabila mengetahui lebih 1,000 belia mendapat manfaat daripada program yang dijalankan selama dua jam di Stesen Petronas Saguking ini. Aktiviti kebajikan ini pernah dilaksanakan sekali pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan dan dianjurkan pada setiap bulan selepas mengadakan perbincangan dengan anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Mohd Rafi, yang juga setiausaha politik Menteri Wilayah Persekutuan berkata, inisiatif ini dilaksanakan selepas mengambil kira ramai golongan belia yang hilang pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas serta dengan turun naik harga petrol dunia.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: petrol percuma , Umno Labuan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan