Najib Jamin Kembalikan Hak-Hak Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 3:41 PM

Najib disambut orang ramai sebaik tiba bagi merasmikan Medan Selera Lundu pada Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat memberi jaminan kepada kerajaan Sarawak dan rakyatnya yang kerajaan persekutuan akan mengembalikan hak-hak negeri yang terhakis secara tidak sengaja daripada Perjanjian Malaysia 1963.

"(Berhubung) hak-hak Sarawak yang telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan semasa pelaksanaan Perjanjian Malaysia, kami bersedia mempertimbangkan untuk mengembalikannya kepada Sarawak," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Lundu di sini.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perjanjian serta tafsiran perjanjian sedang berlangsung antara kerajaan negeri dan pusat.  

"Diharapkan kita dapat mencapai satu persefahaman yang akan mencerminkan hasrat rakyat Sarawak selain memastikan Sarawak rakan kongsi kerajaan persekutuan yang kukuh," katanya. 

Najib berkata, peringkat kedua perbincangan sedang berlangsung dengan pembentukan lima jawatankuasa kerja di bawah setiausaha persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri Sarawak untuk meneliti lima topik berbeza.

Jawatankuasa terbabit akan memberi laporan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

Menjawab pertanyaan, Najib berkata, tidak ada tempoh masa ditetapkan untuk perbincangan itu memandangkan isu tersebut adalah kompleks, namun menambah bahawa sesetengah isu pentadbiran telahpun dilaksanakan seperti menambah bilangan guru dan doktor di Sarawak selain meningkatkan pembangunan.  

"Peringkat kedua ini lebih rumit kerana melibatkan tafsiran undang-undang," katanya. 

Mengenai tuntutan 20 peratus royalti petroleum untuk Sarawak, Perdana Menteri berkata, rundingan masih berlangsung, dan menambah kerajaan persekutuan sedang melihat kaedah kreatif untuk membantu Sarawak.   

"Saya belum boleh mendedahkannya pada masa ini namun kita akan tengok bagaimana kita boleh bantu Sarawak," katanya. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan