Kerajaan Myanmar 'Gentlemen' - Azeez

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 11:51 AM

Azeez (kiri) membantu memasukkan beberapa barangan ke dalam sebuah lori di Pelabuhan Yangon.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Penganjur misi kapal bantuan Rohingya yang diterajui Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Myanmar kerana membenarkan mereka menurunkan kargo di pelabuhan di sini sejak dua hari lalu.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memuji bantuan Myanmar dengan menyifatkan kerajaan itu sebagai 'gentlemen'.

"Dari saat kita memasuki perairan Myanmar, mereka sudah memastikan kami semua selamat.

"Ini satu isyarat yang bagus. Mereka amat baik hati dan suka membantu. Kami menjangkakan sesuatu yang lebih baik di Bangladesh, sebuah negara Islam," katanya kepada pemberita di Pelaburan Yangon.

Kapal bantuan Nautical Aliya membawa 2,300 tan makanan dan bekalan kargo lain untuk rakyat Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

Ribuan rakyat Rohingya melarikan diri akibat pencabulan hak asasi manusia dan keganasan di Myanmar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Azeez berkata kira-kira 222 tan kargo dipindahkan dari kapal tersebut.

Kira-kira 300 tan beras telah dihantar ke pelabuhan sebelum ini.

Beliau berkata tambahan 12,000 botol air mineral sudah dipunggahkan dari kapal tersebut.

Jumlah bekalan itu akan dibawa ke Sittwe untuk diagihkan kepada rakyat Rohingya di kawasan tersebut.

Kira-kira pukul 8 pagi Jumaat (waktu tempatan), pekerja limbungan memasukkan beberapa kargo ke dalam sebuah lori dengan selebihnya dijangka dipindahkan kemudian.

Kapal itu dijangka meninggalkan Pelabuhan Yangon pada tengah hari apabila air pasang naik.

Selepas itu, ia akan mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Chittagong, Bangladesh di mana baki kargo yang tinggal akan dipungah dan dibawa ke kem pelarian rakyat Rohingya di sana.

"Kami masih belum mendapat kelulusan (untuk sukarelawan sampai ke pantai). Kami masih berurusan dengan kerajaan Bangladesh," kata Azeez.

Bangladesh sebelum ini menghentikan kapal misi bantuan itu dari berlabuh di Teknaf yang dekat dengan beberapa kem Rohingya dan diminta pergi ke Chittagong sebagai salah satu pelabuhan pendaratan alternatif.



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan