Komitmen Betulkan Anamoli Dalam Perjanjian M'sia Bagi Sarawak - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 2:34 PM

Najib beramah mesra dengan para peniaga selepas merasmikan Medan Selera Lundu pada Jumaat. Turut hadir, Amar Abang Johari (dua, kiri). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg komited untuk melihat sebarang anamoli dalam Perjanjian Malaysia 1963 bagi Sarawak dibetulkan. 

Komitmen itu juga disebabkan kedua-dua mereka merupakan anak kepada pemimpin yang telah menandatangani perjanjian itu, katanya.

"Almarhum ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menandatanganinya bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu manakala Tun Openg, bapa Abang Johari, menandatanganinya bagi pihak Sarawak. 

"Oleh itu, sebagai anak kepada penandatangan, kami mesti menghormati terma dan syarat perjanjian itu," katanya semasa merasmikan Medan Selera Lundu yang dibina dengan kos RM4.2 juta, di sini, Jumaat.

Najib berkata, ketua menteri sebelum ini Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memiliki semangat kental untuk memperjuangkan hak-hak negeri ini semasa beliau mengambil alih pucuk pimpinan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan