Mangsa Beli Gitar Baharu Sehari Sebelum Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pelajar tingkatan lima, Lim Yong Wei, yang terbunuh dalam kejadian kebakaran bersama ibu bapa dan abangnya di Subang Jaya, Isnin, sempat membeli sebuah gitar baharu, sehari sebelum kejadian.

Pelajar berusia 17 tahun itu telah berkongsi kegembiraannya memiliki gitar itu dengan menyiarkan satu klip video di laman Facebook pada Ahad, sehari sebelum kejadian kebakaran yang turut mengorbankan abangnya Yong Liang, 20, bapanya Lim Ah Kok, 58, dan ibunya Goh Bee Khim, 51.

Sepupunya Alanox Tan, 37, berkata gitar tersebut yang turut musnah dalam kebakaran itu baru sahaja dibeli kerana Yong Wei begitu meminati bidang muzik.

"Saya sangat suka melihat dia bermain instrumen ini kerana saya juga seorang pemain gitar.

"Kami selalu berjumpa di rumah nenek di Jalan Raja Uda setiap kali Tahun Baru Cina tetapi tidak untuk tahun ini kerana saya terpaksa bekerja," katanya, sambil menambah sepupunya itu adalah seorang anak yang patuh dan disayangi.

Kakaknya, Yi Jun, 23, tidak berada rumah semasa kebakaran kerana beliau tinggal di asrama kolej beliau di Cheras.

Difahamkan, beliau sepatutnya berada di rumah tetapi pulang ke asrama lebih awal pada malam Ahad bagi membuat persediaan peperiksaan.

Tan berkata Yi Jun nampak tabah tetapi mereka tetap bimbangkan dirinya.

"Dia sepatutnya menamatkan pengajian tahun ini tetapi kami bimbang tragedi itu boleh menjejaskan tumpuannya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan