Penguatkuasa KPDNKK Diarah Henti Rampas Berus Bulu Babi

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan anggota penguatkuasa menghentikan operasi merampas berus bulu babi.

"Saya telah arahkan pegawai penguatkuasa supaya hentikan serbuan petang semalam (Rabu) selepas mesyuarat pasca Kabinet.

"Kami tidak mahu mereka bertindak keterlaluan dan menyebabkan ia dilihat sebagai masalah besar di negara ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, peniaga telah diberi masa sebulan untuk meletakkan label pada berus berkenaan termasuk mengkhususkan produk yang dibuat daripada bahan berasaskan babi atau anjing.

Katanya, adalah memadai untuk meletakkan label "Produk Bulu Haiwan" pada produk berkenaan.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa juga telah dimaklumkan untuk mendidik peniaga bukannya mengenakan tindakan kerana isu itu timbul kerana pengeluar tidak menyediakan label yang sepatutnya.

Beliau berkata, peniaga juga tidak diwajibkan untuk meletakkan label 'halal' pada produk bukan makanan seperti yang disarankan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Hamzah juga menyuarakan kekesalannya apabila operasi melibatkan rampasan berus itu telah menimbulkan isu berkaitan agama dan perkauman.

"Saya sedar ada pihak yang akan menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan rakyat dan memburukkan kerajaan," katanya.

Sejak Selasa, kementerian itu telah merampas 2,000 berus yang dibuat daripada bulu babi bernilai lebih RM10,000.

Katanya, pihaknya akan memutuskan kemudian mengenai tindakan lanjut terhadap barang rampasan itu.

Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainudin , berus bulu babi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan