Bot Karam Di Perairan Batu Payung Libatkan 15 Warga Indonesia - Berita Semasa | mStar

Bot Karam Di Perairan Batu Payung Libatkan 15 Warga Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 8:31 AM

ACP Fadil Marsus

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis mengesahkan tragedi bot karam di Perairan Batu Payung petang Rabu, melibatkan 15 mangsa warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata 15 mangsa itu termasuk lima kanak-kanak, terdiri daripada 12 lelaki dan tiga perempuan.

"Tiga belas mangsa masih hilang manakala dua lagi selamat selepas berenang kira-kira 25 jam dari lokasi kejadian ke pantai Batu Payung," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dua yang terselamat itu dikenali sebagai Budiman Muslimin, 26, berasal dari Sulawesi Barat serta isterinya Hasmida Masaniaga, 24, dari Sulawesi Selatan.

Dalam pada itu, Fadil berkata insiden itu berlaku kira-kira lima hingga 10 minit selepas bot laju yang bertolak dari Batu Payung, Tawau pada 5.30 petang itu menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia sebelum dipukul ombak besar.

Sementara itu, beliau berkata pejabat Konsul Republik Indonesia di Tawau telah dimaklumkan berhubung tragedi tersebut pada 7.30 malam Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat 13 mangsa bot karam itu dihentikan pada 12 tengah malam, dan akan disambung pada Khamis melibatkan kawasan pencarian tujuh batu nautika Selatan Tinagat.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Batu Payung , warga Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan