Bot Karam: Suami Isteri Berenang 10 Jam Sebelum Diselamatkan Pemancing

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 8:39 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sepasang suami isteri yang berenang lebih 10 jam di laut selepas bot laju dinaiki bersama 13 penumpang lain karam di perairan Batu Payung diselamatkan oleh sekumpulan enam pemancing, petang Rabu.

Safar Sehan,57, berkata kira-kira pukul 5 petang, dia dan rakan-rakannya  sedang memancing apabila dikejutkan dengan teriakan meminta tolong.

"Kami kemudian melihat dua orang sedang melambai dan meminta tolong di tengah laut, dan kami bergegas meminta bantuan dari pekerja kilang berdekatan dan meminjam pelampung.

"Pekerja kilang ini berenang dan menarik kedua-dua mangsa ke kawasan batu sebelum kami mengangkat kedua-dua mangsa naik ke daratan," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Katanya ketika di daratan, mangsa lelaki yang hanya dikenali sebagai Rudy masih sedar manakala isterinya dalam keadaan separuh sedar.

Berdasarkan maklumat daripada mangsa, Safar berkata bot itu yang dalam perjalanan ke Sungai Nyamuk di Indonesia berlanggar dengan ombak besar sebelum karam malam Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata polis dan agensi keselamatan lain giat menjalankan operasi mencari 13 mangsa di perairan Batu Payung.
Tags / Kata Kunci: bot karam , warga Indonesia , Batu Payung

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan