Selepas Sabah, Sarawak Larang Kemasukan Selva Kumar

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 1:09 PM

S. Selva Kumar

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak mengikut jejak Sabah mengharamkan kemasukan bekas banduan perogol bersiri, S. Selva Kumar, ke negeri ini.

Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata pihak berkuasa negeri ini mengarahkan jabatan itu menghalang kemasukan Selva Kumar berkuat kuasa serta-merta.

Pada Selasa, beberapa pemimpin negeri dan parti menggesa kerajaan negeri mengenakan larangan itu.

Mereka termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datuk Sebastian Ting Chew Yew.

Selva Kumar pulang ke Malaysia Selasa setelah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada kerana melakukan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan menggunakan bahan berbahaya, 10 kesalahan melakukan pelbagai serangan dan berbelas kesalahan lain.

Tags / Kata Kunci: perogol bersiri , Selva Kumar , masuk Sarawak

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan