Rasuah: Pengarah Agensi Kerajaan, Isteri Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Selangor pada Rabu menahan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Menurut sumber, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, Selangor pada kira-kira 12 tengah hari Rabu.

Turut ditahan isterinya berusia 36 tahun yang juga pembantu tadbir di agensi kerajaan berkenaan.

Menurut sumber itu lagi SPRM juga menahan dua pemilik syarikat yang dipercayai telah menerima kontrak daripada pengarah tersebut, masing-masing di Alor Setar dan Shah Alam, antara 8.10 pagi dan 3.30 petang Rabu.

Pengarah itu dipercayai telah menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada kontraktor-kontraktor berkepentingan.

Sumber itu berkata berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menerima sejumlah wang daripada kontraktor terbabit supaya syarikat mereka dipilih semula untuk melaksanakan projek-projek pada masa akan datang.

"Kontraktor-kontraktor yang dilantik juga dikatakan menggunakan nama beberapa syarikat berlainan ketika menghantar sebut harga untuk mengaburi jawatankuasa pemilihan sebut harga," katanya.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata mereka yang ditahan akan direman pada Khamis bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: rasuah , pengarah agensi kerajaan , isteri , SPRM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan