Nautical Aliya Dijangka Tiba Di Chittagong Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

LAUT ANDAMAN: Kapal Nautical Aliya untuk misi flotila kemanusiaan bagi membantu etnik Rohingya akan berlabuh di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.

Lokasi itu dipilih kerana permintaan untuk berlabuh di Teknaf ditolak kerajaan Myanmar.

Chittagong terletak kira-kira 200 kilometer dari Teknaf dan mengambil masa empat jam untuk tiba ke bandar itu menggunakan jalan darat.

Presiden Kelab Puteri 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya berharap Bangladesh dapat mengeluarkan visa untuk 185 penumpang termasuk sukarelawan yang menyertai misi itu.

Katanya, mereka masih mempunyai lima hari lagi untuk mendapatkan dokumen perjalanan itu.

"Kapal Nautical Aliya kini dalam perjalanan ke Yangon sebelum meneruskan pelayaran dan dijangka tiba di Chittagong pada 12 Februari," katanya.

Azeez berkata, beliau menjangka kapal itu memasuki perairan Myanmar pada kiara-kira 9.30 malam, Rabu.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya dapat berlabuh pada pagi Khamis.

Kapal itu membawa 2,300 tan muatan khusus untuk membantu etnik Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

Ribuan Rohingya telah melarikan diri selepas didera di Myanmar.


Tags / Kata Kunci: Nautical Aliya , Rohingya , Chittagong

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan