Mara Mula Siasatan Dalaman Dakwaan Salah Guna Kuasa Annuar - Berita Semasa | mStar

Mara Mula Siasatan Dalaman Dakwaan Salah Guna Kuasa Annuar

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 1:06 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman Mara bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa melibatkan Tan Sri Annuar Musa diadakan pada Rabu.

Pengerusi sementara Mara Datuk Dr Yusof Yacob berkata mesyuarat kali pertama itu diadakan di ibu pejabat Mara di sini bagaimanapun tidak memanggil Annuar yang kini digantung tugas sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB).

"Ini mesyuarat kali pertama...saya tidak terlibat dalam mesyuarat itu dan menyerahkan kepada jawatankuasa sama ada akan memanggil Tan Sri Annuar dalam masa terdekat atau tidak," katanya ketika dihubungi Rabu.

Annuar ketika dihubungi berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang mesyuarat namun bersedia dipanggil pada bila-bila masa.

Petugas media cetak dan elektronik berkumpul di lobi utama bangunan Mara sejak 8 pagi tadi bagi membuat liputan mesyuarat itu.

Keputusan penggantungan tugas serta-merta itu dibuat pada mesyuarat khas Ahli Majlis Mara pada 31 Januari lalu bagi membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi itu termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut berkata siasatannya hanya bertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan Annuar dalam penajaan pasukan bola sepak itu.

Tags / Kata Kunci: Mara , Annuar Musa , siasatan dalaman
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan