Kehilangan Yang Tiada Pengganti - Jiran

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 11:06 AM

Che Puteh melihat kediaman jirannya yang musnah dalam kebakaran pagi Isnin. –fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Mereka sebuah keluarga yang penyayang," demikian ungkapan jiran kepada mangsa kebakaran di Jalan USJ 2/3, Subang Jaya.

Sehari selepas tragedi yang mengejutkan seluruh kawasan tersebut, mereka yang tinggal di situ telah memberi penghormatan kepada keluarga mangsa.

Lim Ah Kok, 58, isterinya Goh Bee Khim, 51, dan dua anak lelaki mereka Yong Liang, 20, dan Yong Wei, 17, meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku pagi Isnin.

Seorang surirumah yang rapat dengan keluarga mangsa, La-ongdao Wong, 50, berkata keluarga Ah Kok sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga sejak berpindah ke situ tujuh tahun lalu.

"Pernah sekali, Ah Kok datang membantu apabila kereta anak perempuan saya rosak di SS14.

"Ketika kami pergi ke Pulau Pinang untuk bercuti, mereka menyuruh kami makan di tempat mereka di Butterworth," katanya.

Anak lelaki La-ongdao, Wong Wern Chai, 17, mengimbas semula saat-saat keluarga mangsa menumpang kereta mangsa untuk ke kelas tambahan di Taipan.

"Tahun lepas ketika saya dimasukkan ke hospital kerana demam denggi selama lebih seminggu, mereka datang melawat saya di hospital...saya tidak akan melupakannya," katanya.

Jiran terdekat mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Che Puteh, 66, berkata, kehilangan keluarga ini 'tiada pengganti'.

"Apabila Bee Khim menyapu kawasan hadapan rumahnya, dia akan menyapu juga kawasan rumah saya walaupun saya kata tak payah.

"Bila saya jemur pakaian di luar, dia akan menjerit memanggil saya jika hujan turun," katanya.

Che Puteh berkata adakalanya Bee Khim juga akan membantu menyiram pokok-pokok bunga di rumahnya.

"Mustahil untuk saya mendapat jiran seperti mereka lagi," kata Che Puteh.

Tags / Kata Kunci: kebakaran Subang Jaya , jiran mangsa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan