Hayati Semangat Perpaduan Dalam Kepelbagaian - PM

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Thaipusam pada Khamis,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menghayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

Dalam catatan terbaharunya menerusi laman blog rasmi beliau, Najib berkata semangat berkenaan telah menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian di negara ini.

"Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kita sememangnya sangat bertuah kerana dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni.

"Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Thaipusam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan