Zaid Pemimpin 'Kitar Semula' - Khairul Azwan

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menyifatkan tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyertai parti DAP sebagai pemimpin 'kitar semula'.

Katanya, sebelum ini Zaid pernah menjadi anggota Umno sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian mengambil alih kepimpinan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dan terbaru menyertai parti DAP.

"Saya fikir dia ini pemimpin 'kitar semula' yang digunakan oleh DAP.

Sebenarnya DAP menggunakan Zaid, saya tidak tahu atas tujuan apa.

"Saya harap Zaid tetapkan pendirian untuk bersama DAP sampai akhir hayat, itu cadangan saya tapi kalau lepas ini dia nak lompat lagi memang peliklah," katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai barisan Pemuda BN Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Wisma Umno Perak di sini, Selasa.

Khairul Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Zaid hari ini yang secara rasmi menyatakan keanggotaannya dalam parti DAP.

Selain itu, Khairul Azwan yang juga Pengerusi Pemuda BN Perak berkata setiap parti komponen BN berhak memberi cadangan mengenai pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun perlu menerima sebarang keputusan pucuk pimpinan.

"Kalau semua nak terlibat dalam proses pembikinan keputusan, ia akan menjadi sukar. Apa yang perlu kita buat sebagai pemimpin di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen adalah kita tunjukkan kepada kepimpinan kita.

"Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan kena terimalah, kalau mereka tak terima dan buat tindakan tindak balas sebagai contoh sabotaj parti maka mereka terdedah kepada implikasi disiplin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pembahagian kerusi di DUN Kuala Kurau antara Umno dan Parti Gerakan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan kepimpinan Gerakan negeri Perak mengeluarkan kenyataan mengakui parti itu bersiap sedia bertanding di DUN Kuala Kurau buat pertama kali pada PRU14. 

Bagaimanapun perkara itu disangkal Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad dan menyatakan tiada perbincangan atau persetujuan pertukaran kerusi di DUN terbabit yang sebelum ini ditandingi oleh Umno.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairul Azwan , Umno , Zaid

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan