Zaid, Jangan Jadi Primadona - Kit Siang

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 12:25 PM

(Dari kiri) Kit Siang, Dr Mahathir dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyaksikan Zaid (dua, kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai di kediaman Zaid di Petaling Jaya pada Selasa, Foto AZLINA ABDULLAH/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baharu menyertai parti itu supaya tidak bersikap umpama  'primadona'.

Malah Kit Siang turut berharap Zaid dapat bertahan lama dalam parti itu.

"Ramai bertanyakan soalan kepada saya sama ada Zaid akan menyertai DAP dan berapa lama beliau akan bertahan.

"Saya kenal Zaid sudah lama. Saya tahu dia berfikiran politik. Beliau kena memainkan peranan sebagai 'team player' (satu pasukan) dan bukannya primadona," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Zaid secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam DAP di kediamannya di sini, Selasa.

Majlis turut disaksikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kit Siang berkata, beliau percaya semua pihak pastinya mempelajari sesuatu daripada pengalaman lalu.

"Jadi, saya percaya Zaid boleh menjadi satu pasukan dan bukannya primadona," katanya.

Beliau menambah, peranan sebagai satu pasukan itu antara lain dapat memperkukuhkan DAP,  sekali gus membantu mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik di bawah Pakatan Harapan.

Penyertaan Zaid dalam DAP merupakan yang ketiga selepas beliau meninggalkan Umno pada 2008.

Zaid sebelum ini juga pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Tags / Kata Kunci: Zaid Ibrahim , Mahathir , Kit Siang , DAP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan