Tun M Bidas PAS Cadang PPBM, PKR Sertai Blok Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Pengerusi PPBM itu berkata, cadangan tersebut hanya dilihat sebagai satu kelemahan kerana memecah-belahkan parti pembangkang, sekali gus mengakibatkan pembangkang tewas di tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

"Tidak bermakna itu syarat... kalau dia (PAS) kata, dia katalah. Kita nak kata kita punya syarat pula.

"Itu (cadangan PAS) mungkin sebabkan pembangkang kalah bila pembangkang berpecah," katanya kepada pemberita di kediaman bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga atau dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU-14 akan lebih terbuka.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” ujar Mohd Amar.

Terdahulu, bercakap pada sidang media selepas Zaid mengumumkan penyertaannya dalam DAP, Dr Mahathir berkata, rundingan kerjasama PPBM dan PAS dalam menghadapi PRU-14 masih belum dimuktamadkan.

"Belum muktamad lagi, masih ada rundingan. Saya fikir tak lama lagi akan selesai," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, apa yang diutamakan ialah PPBM akan menyertai satu gabungan bersama Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, perkara mengenai 'gabungan baharu' itu masih belum diputuskan bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Pada 1 Februari lalu, PPBM dan PAS mengadakan mesyuarat bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik antara kedua-dua parti dalam menghadapi PRU-14.

Tags / Kata Kunci: blok ketiga , Gagasan Sejahtera

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan