Hanya Pedati, Kenderaan Keselamatan Dibenar Sertai Perarakan - Polis

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 5:21 PM

LAUTAN manusia yang membanjiri Batu Caves hari ini untuk menyambut hari Thaipusam. - foto The Star oleh ONG SOON HIN

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup laluan di Jalan Ipoh dan Jalan Kuching di sini kepada kenderaan awam bermula pukul 10 malam Selasa untuk memberi laluan kepada perarakan pedati Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata perarakan pedati akan bermula di Kuil Sri Mahamariamman pada 10 malam sebelum sampai ke Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves.

Hanya kenderaan PDRM (Polis Diraja Malaysia), PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah), ambulans dan kenderaan-kenderaan berkenaan pihak kuil dibenarkan menggunakan laluannya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Thaipusam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan