Rakyat Malaysia Dikecualikan Bayaran Visa Ke Qatar

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 10:18 AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat bersuarfoto bersama sebahagian rakyat Malaysia yang hadir pada Majlis Makan Malam bersama rakyat Malaysia di Qatar, Isnin malam. Majlis berkenaan merupakan sebahgaian daripada acara lawatan rasmi empat hari beliau ke Qatar.

(Ubah saiz teks)

DOHA: Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke Qatar akan dikecualikan daripada bayaran visa tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata persetujuan rasmi ini diberikan secara peribadi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani selepas perkara itu dibangkitkan pada pertemuan mereka di sini.

"Ini merupakan satu keputusan baharu yang tercapai dan dipersetujui bersama oleh kerajaan Qatar," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, Isnin malam.

Menurutnya, persetujuan ini akan berkuat kuasa segera selepas Duta Besar Malaysia di Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar membuat tindakan susulan dengan kerajaan Qatar. 

Beliau berkata selain itu rakyat Malaysia juga diberikan kemudahan visa ketibaan (VOA) dan mereka boleh menetap di Qatar selama 60 hari dan tambahan 30 hari lagi jika ada permohonan lanjutan secara percuma.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan Qatar bersetuju mengecualikan caj visa VOA sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia yang banyak bekerja dalam bidang profesional dan teknikal di sini.

Katanya, langkah pengecualian bayaran visa itu juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Malaysia untuk datang ke Qatar pada masa depan.

Katanya, jemaah Malaysia yang ingin menunaikan ibadah umrah dan ziarah  di tanah suci boleh mengambil kesempatan ini untuk singgah sebentar di Qatar semasa dalam perjalanan pergi atau balik daripada Mekah atau Madinah. 

Pada masa ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran visa sebanyak 100 Riyal Qatar (RM121.70) untuk tempoh kemasukan selama 30 hari dan turut dikenakan jumlah bayaran sama bagi lanjutan 30 hari lagi jika ada permohonan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , Qatar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan