Selva Kumar Dilarang Masuk Sabah - Berita Semasa | mStar

Selva Kumar Dilarang Masuk Sabah

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perogol bersiri yang tamat menjalani hukuman 24 tahun penjara di Kanada, Selva Kumar Subbiah akan dilarang masuk ke Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Menyifatkan bekas banduan itu sebagai individu yang berisiko tinggi, Musa berkata, kerajaan negeri memutuskan perintah larangan itu kerana menganggap lelaki berusia 56 tahun itu boleh membahayakan penduduk negeri itu terutama wanita dan kanak-kanak.

Selva Kumar yang dijatuhi hukuman penjara kerana puluhan kesalahan seksual pada lewat 1980an dan 1990an ketika bertugas sebagai ejen modeling, penerbit filem dan penari profesional telah dihantar pulang ke negara ini.

Selva Kumar dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

"Kita tidak boleh mengambil risiko dengan membenarkan individu membahayakan itu bebas di negeri ini. Kita perlu melindungi penduduk Sabah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, arahan melarang kemasukan Selva Kumar ke negeri berkenaan telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen Sabah dan ia berkuatkuasa serta-merta.

Tags / Kata Kunci: Selva Kumar , Kanada , Sabah , Musa Aman
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan