Perogol Bersiri Selva Kumar Tiba Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 11:22 AM

Gambar yang disebarkan dipercayai Selva Kumar sebaik tiba di KLIA awal pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perogol bersiri rakyat Malaysia, Selva Kumar Subbiah tiba di tanah air pagi Selasa.

Selva Kumar, 57, dihantar pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada  atas 30 pertuduhan jenayah seksual terhadap wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan bahawa Selva Kumar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7 pagi Selasa.

"Saya dimaklumkan dia sudah tiba di KLIA. Namun, saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Petugas media berada di balai ketibaan lapangan terbang tersebut tetapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan.

Berasal dari Pulau Pinang, Selva Kumar merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Dia mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

Dia datang dari sebuah keluarga yang bekerja sebagai pendidik di mana mendiang bapanya merupakan pegawai kanan pendidikan di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Malah, mendiang abangnya juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di negeri itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Selva Kumar akan dipantau secara rapi sebaik sahaja lelaki itu tiba di tanah air.

"Kami akan memantau Selva Kumar berdasarkan rekod jenayah dan perundangan serta bidang kuasa yang kita miliki.

"Pihak polis (Malaysia) juga akan mengambil keterangan daripada Selva Kumar.

"Kami akan meminta rekod Selva Kumar dari pihak berkuasa Kanada," kata Khalid.

Selva Kumar didapati bersalah dalam dua perbicaraan berasingan lebih dua dekad lalu kerana memberikan dadah dan melakukan serangan seksual terhadap 30 wanita. Tetapi mungkin terdapat beratus-ratus lagi mangsa, pendengaran diberitahu.

Ketika pendengaran pada Jun 2016, dia didapati tidak layak untuk parol kerana dianggap 'mungkin akan melakukan sesuatu kesalahan yang menyebabkan kematian atau kemudaratan yang serius kepada orang lain.'

Dia sebelum ini telah menyatakan bahawa dia akan menjadi mangsa diskriminasi di Malaysia kerana dia berfahaman Yahudi

Selva Kumar, yang diketepikan hak untuk mempunyai seorang peguam, tidak berjaya menyekat akhbar daripada melaporkan butiran pendengarannya atau daripada gambarnya dirakam pada Isnin dengan alasan ia akan membahayakan dirinya.

Tags / Kata Kunci: Selva Kumar Subbiah , perogol bersiri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan