Kapal Misi Rohingya Tidak Dibenarkan Berlabuh - Berita Semasa | mStar

Kapal Misi Rohingya Tidak Dibenarkan Berlabuh

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 9:50 PM

(Ubah saiz teks)

LAUT ANDAMAN: Kapal misi bantuan Rohingya, Nautical Aliya tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan Teknaf, Bangladesh, kata penganjur misi kemanusiaan tersebut pada Selasa.

Perkembangan itu berlaku susulan keputusan Bangladesh pada Isnin yang memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa pelabuhan Teknaf tidak mampu menampung kapal besar seperti Nautical Aliya.

Ketua jawatankuasa penganjur misi itu, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, satu surat dihantar kepada pihaknya yang menyatakan bahawa kapal tersebut tidak dibenarkan memasuki perairan Teknaf yang terletak berdekatan beberapa kem pelarian Rohingya.

"Misi ini tidak selesai jika kita gagal memasuki Teknaf," kata beliau.

Azeez menunjukkan surat daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh yang dihantar kepada Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), satu daripada pertubuhan yang berada dalam jawatankuasa misi.

Beliau berkata, berita itu diteruma ketika sebuah kapal tentera laut Bangladesh menghampiri kapal misi bantuan, kira-kira 90 minit selepas dikesan menerusi radar kapal berkenaan.

Kapal tentera itu akan mengiringi Nautical Aliya ke Yangon berdasarkan komunikasi kedua-dua pihak.

Kapal Nautical Aliya membawa 202 penumpang dan krew selain bekalan bantuan seberat 2,300 tan untuk dihantar kepada masyarakat minoriti Rohingya di Bangladesh dan Myanmar.


Tags / Kata Kunci: Nautical Aliya , Rohingya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan