"Saya Sayangkan Umno" - Jamal

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos tekad dengan keputusannya untuk meletak jawatan selaku Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar berkuatkuasa Selasa.

Pada masa sama, Jamal turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia.

Menurut Jamal, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu menjejaskan imej parti susulan kes dakwaan rompakan berkumpulan membabitkan dirinya bersama sembilan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajuinya.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan peletakan jawatan itu untuk pertimbangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

"Saya tidak mahu Umno terpalit dengan tindakan saya. Media siarkan saya bersama sembilan yang lain ditangkap kerana samun berkumpulan. Apa yang berlaku kepada saya, saya tak nak libatkan Umno.

"Saya sayangkan Umno, parti yang telah banyak berjasa di dalam negara ini. Saya rela menggorbankan diri saya," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, petang Selasa.

Jamal yang juga pemimpin Gerakan Baju Merah berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Noh pada Rabu.

"Saya akan bagi surat dan bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri (Selangor) esok. Saya serah kepada beliau untuk buat keputusan mengenai hasrat saya," katanya.

Jelas Jamal, beliau akan tetap memikul tanggungjawab tersebut sekiranya Noh menolak surat peletakan jawatan tersebut.

"Kalau pihak Tan Sri Noh mengatakan saya perlu jalan tanggungjawab, saya akan akur," katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan tersebut dilakukan kerana menerima tekanan daripada kepimpinan tertinggi parti, Jamal menafikan dakwaan berkenaan.

"Tidak ada desakan daripada mana-mana pihak sama ada dari atas mahupun bawah dan di kalangan rakan-rakan. 

"Saya cuma sedih apabila lihat laporan media bahawa saya ini ketua penyamun berkumpulan," katanya.

Dalam sidang media tersebut, lebih 100 perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar hadir menyatakan solidariti terhadap Jamal agar tidak melepaskan jawatannya memandangkan beliau banyak berbakti di kawasan berkenaan.

"Kami sokong Datuk Seri Jamal, kami harap Datuk Seri tidak berputus asa. Kami akan terus berdiri di belakang Datuk Seri. Teruskan pikul tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara," kata perwakilan yang hadir.





Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Umno , Sungai Besar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan