Guan Eng Cabar Ku Nan Bahas Cadangan Jadi P.Pinang WP - Berita Semasa | mStar

Guan Eng Cabar Ku Nan Bahas Cadangan Jadi P.Pinang WP

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 3:41 PM

 Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencabar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Guan Eng berkata, beliau terbuka untuk mengadakan perbahasan secara umum mengenai cadangan itu dan berharap ia dapat disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

"Kami nak tahu kenapa nak jadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah dan bukan negeri-negeri lain yang lebih miskin seperti Sabah dan Kelantan.

Adakah mereka juga akan jadi sebahagian Wilayah?," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tetap akan menolak cadangan Tengku Adnan itu.

Rabu lalu, Tengku Adnan mencadangkan perluasan kawasan Wilayah Persekutuan merangkumi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka.

Negeri berkenaan akan diletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan bakal mendapat lebih peruntukan serta perhatian daripada Kerajaan Persekutuan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Guan Eng , Tengku Adnan , Wilayah Persekutuan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan