Dua Kedai Cat Jual Berus Cat Disyaki Bulu Babi

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 3:44 PM

Anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor membuat pemeriksaan terhadap berus cat dipercayai diperbuat daripada bulu babi dalam satu operasi di kedai perkakasan pertukangan (hardware) di sekitar Klang, Selasa.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Dua kedai cat di Larkin Perdana, dekat sini, didapati menjual berus cat yang disyaki diperbuat daripada bulu babi, selain menggunakan logo halal palsu, bagi mengelirukan orang ramai.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata atas kesalahan itu, kedua-dua kedai terbabit dikenakan tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013.

"Kedua-dua kedai berkenaan didapati melakukan kesalahan kerana tidak melabelkan atau meletakkan teg dengan label 'diperbuat daripada babi' atau 'diperbuat daripada anjing'," kata beliau kepada pemberita selepas satu pemeriksaan khas di sini, Selasa.

Rizq Fazliana berkata mereka turut didapati menggunakan logo halal Jakim yang palsu dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

"Justeru itu, KPDNKK memberi peringatan kepada kesemua peniaga supaya peka dan beri perhatian pada isu ini yang merupakan isu sensitif terutama kepada pengguna beragama Islam.

"Pengguna juga diminta berhati-hati dalam membeli barangan seperti ini kerana kita dapati kebanjiran produk seperti ini kerana harganya yang murah," kata beliau.

Segala berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi akan disita dan dihantar ke makmal Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut, kata Rizq Fazliana.

Menurutnya, pemantauan serta pemeriksaan mengejut secara berterusan akan dibuat ke atas premis, bukan sahaja kedai cat tetapi juga kedai-kedai yang menggunakan berus.

Pemeriksaan khas hari ini disertai sembilan pegawai penguat kuasa daripada KPDNKK serta enam pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , bulu babi , Larkin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan