AADK Pantau 26 Sekolah Berisiko Di Kedah

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 7:24 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedang memantau 26 buah sekolah di Kedah yang berisiko pelajarnya boleh terdedah dengan masalah dadah.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, pemantauan itu dilakukan di bawah program Anak Wawasan Negara yang khusus dalam menangani masalah berkenaan.

"Sebagai projek rintis, sebanyak 13 buah sekolah menengah dan 13 sekolah rendah di seluruh Kedah yang mempunyai risiko pembabitan pelajar mereka dalam pelbagai jenis kesalahan membabitkan dadah, dipantau.

"Melalui program itu, pelbagai strategi digunakan termasuk kaedah 'pendekatan melalui perkembangan' sebagai usaha mengatasi dan mengurangkan masalah dadah di sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dan Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa.

Abd Halim berkata dengan cara itu, pihak sekolah dan pelajar akan mendapat perlindungan yang tinggi daripada masalah berkaitan dadah, secara langsung.

"Untuk itu, AADK akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk PDRM dalam memastikan murid-murid diberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengenal pasti bahaya dadah.

"Guru dan pegawai di sekolah pula diberi pendedahan berkenaan jenis, gejala, prosedur standard ujian saringan air kencing dan kesan dadah," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: AADK , dadah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan