Pelajar Malaysia Di Mesir Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Hati

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelajar dari Melaka yang menuntut di tahun tiga Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab) Universiti Al-Azhar, Mesir meninggal dunia dipercayai akibat kegagalan hati di sebuah hospital di negara itu, pagi Ahad.


Ahmad Razin Mohd Fauzi, 23, dari Kampung Paya Dalam, Ayer Molek di sini, yang mendapat pembiayaan Tabung Amanah Pendidikan Melaka itu meninggal dunia ketika dirawat di hospital tersebut.


Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin berkata sebelum ini pelajar itu dibawa untuk mendapatkan rawatan di dua hospital, namun penyakitnya tidak dapat dikesan.


"Ketika pemeriksaan di hospital ketiga yang mempunyai fasiliti lebih baik, barulah dapat dikesan hati pelajar itu telah rosak dan langsung tidak dapat berfungsi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam Isnin.


Beliau berkata kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos membawa pulang jenazah Allahyarham yang dijangka tiba malam esok.


"Kita akan bawa balik jenazah seawal mungkin selepas selesai segala urusan di sana, tempat pengebumian juga akan ditentukan nanti. Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan