Bot Karam: Operasi SAR Diteruskan

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 5:58 PM

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meneruskan usaha mencari enam lagi pelancong dari China yang masih hilang ketika tinjauan fotoBERNAMA pada 2 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata ini berdasarkan keputusan mesyuarat bersama agensi SAR terlibat yang diadakan pagi tadi.

Adam berkata cadangan bagi meneruskan operasi itu juga telah diajukan kepada ibu pejabat APMM di Putrajaya.

"Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan mengenai hala tuju operasi," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Isnin.

Adam berkata operasi yang masuk hari ke-10 itu telah membabitkan kawasan seluas 24,690 batu nautika persegi membabitkan kira-kira 450 anggota APMM, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sejak dilancarkan 28 Januari lepas.

Mengulas operasi hari ini, Adam berkata ia melibatkan kawasan seluas 2,000 batu nautika persegi serta 13 aset masing-masing 11 kapal dan bot serta dua pesawat.

Operasi pencarian masih melibatkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei, katanya.

Adam berkata persatuan nelayan di Kota Kinabalu, Kudat dan Labuan turut membantu operasi dengan memasang pukat tunda di kawasan sektor pencarian.

"Kira-kira 50 bot nelayan membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga membabitkan kira-kira 400 batu nautika persegi," katanya.

Menurut Adam, bantuan daripada nelayan tempatan amat diperlukan berikutan penemuan satu mayat wanita dalam keadaan reput tersangkut pada pukat tunda mereka pada Sabtu lalu dalam kawasan perairan berkenaan.

"Berdasarkan mayat yang reput itu, kebarangkalian mayat lain akan timbul agak sukar sebab itu kita bergantung kepada pukat tunda yang dipasang bot nelayan," katanya.

Adam juga berkata anggota pasukan SAR akan diberikan khidmat kaunseling oleh pakar daripada Hospital Queen Elizabeth. 

Dalam tragedi 28 Januari lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut.

Tags / Kata Kunci: Pulau Mengalum , APMM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan