Isu GST: Kementerian Pendidikan Digesa Ambil Tindakan SJKC

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 2:58 PM

Edward Neoh Chuan Tat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meminta campur tangan Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang mengenakan caj pengajaran dan pembelajaran serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap murid di sekolah terbabit.

Penasihat Persatuan Jaringan Ibubapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua, Edward Neoh Chuan Tat mendakwa, tindakan SJKC Tun Tan Siew Sin di Putra Heights, Subang Jaya itu mengenakan caj tersebut disifatkan sebagai salah di sisi undang-undang.

Beliau mendakwa ibu bapa murid sekolah tersebut perlu membayar sebanyak RM22 untuk caj pengajaran dan pembelajaran bagi tempoh tiga bulan serta RM6.60 untuk GST.

"Pihak sekolah begitu berani kerana mengenakan caj pengajaran dan pembelajaran serta GST. Perkara paling melucukan apabila ia hanya berlaku di SJKC.

"Mengapa perkara sebegini tidak berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)  dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)? Saya ada anak perempuan yang belajar di SMK tapi perkara seperti ini tidak pernah berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai perkara itu ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini, Isnin.

Edward hadir ke pejabat JKDM di sini bersama empat yang lain kira-kira pukul 10 pagi untuk membuat aduan berhubung kes tersebut agar tindakan segera dilakukan pihak berwajib.

Edward (dua kiri) bersama ahli NGO yang diterajuinya mengangkat kain rentang 'Tak Nak GST Dalam Sekolah'.

"Kami berada di sini hari ini kerana tindakan mengenakan caj pengajaran dan pembelajaran serta GST semakin menjadi-jadi. Ini bukan kali pertama kami hadir ke sini. Kami pernah buat aduan mengenai kes sama pada 2015," katanya.

Namun, Edward diminta hadir membuat laporan ke JKDM Cawangan LTSAAS Subang, Sek U2 Shah Alam kerana sekolah itu berada dalam daerah tersebut.

Dakwa ahli perniagaan itu, pegawai Kastam yang ditemuinya turut memaklumkan bahawa tindakan sekolah terbabit adalah salah di sisi undang-undang.

"Saya diberitahu sekolah tidak patut mengenakan caj GST, malah sekolah juga tidak boleh mengutip GST mewakili pihak tertentu. Jadi ia amat jelas (salah di sisi undang-undang)," katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan, Edward berkata NGO itu pernah membuat aduan mengenai kes sama beberapa tahun lalu tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Beberapa tahun lalu,  kami pernah pergi ke kementerian tapi tiada tindakan diambil. Jadi kami tak mahu lagi buat aduan ke sana," katanya.

Justeru, mereka memutuskan untuk membuat aduan ke JKDM selepas melihat tindakan pantas yang diambil pihak berkuasa terbabit terhadap SJKC Puay Chai (2) Bandar Utama yang turut mengenakan caj GST terhadap murid di sekolah itu dua tahun lalu.

"Jabatan Kastam bertindak menyerbu sekolah terbabit dan mengarahkan pihak sekolah memulangkan semula wang caj GST kepada ibu bapa murid sekolah tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan caj RM14 yang dikenakan terhadap murid darjah 2 dan 3 bagi kelas bimbingan petang untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

"Pihak sekolah juga mengutip bayaran RM14 untuk mata pelajaran yang mereka ajar dalam waktu sekolah normal. Perkara ini jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)," katanya.

Tags / Kata Kunci: SJKC , GST

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan