Kementerian Pendidikan Nafi Keluarkan Pekeliling Penjualan Gula-Gula Dadah

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kementerian Pendidikan menafikan pernah mengeluarkan pekeliling pemberitahuan mengenai penjualan gula-gula dadah berlaku di sekolah di negara ini, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata sehingga hari ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan penjualan gula-gula dadah berperisa strawberi di mana-mana sekolah.

"Tidak betul dan itu adalah palsu...kementerian tidak pernah keluarkan surat pekeliling," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Jom Ke Sekolah' peringkat kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said di sini, Isnin.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hasim Rusdi. 

Dadah jenis baharu dikenali sebagai 'strawberry quick' yang berbentuk kristal dan berbau strawberi kononnya mula menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran penjualannya dan perkara itu menular di media sosial.

Mengulas lanjut, Chong berkata bilangan murid yang terjebak dengan dadah merekodkan penurunan iaitu 1,732 orang pada tahun lepas berbanding 1,938 orang pada 2015.

"Kementerian melalui Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut dan ujian air kencing secara berkala khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi.

"Kita sentiasa memantau percubaan (penggunaan) dadah dalam kalangan murid sekolah dan keadaan itu pada masa ini terkawal," katanya. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedang meneliti kegiatan buli terbaharu iaitu buli siber dan mengkaji tindakan yang boleh diambil terhadap pelakunya. 

"Kita menerima aduan tentang ini (buli siber) yang mana pelajar-pelajar dibuli menerusi komen-komen dalam sosial media seperti Facebook, ataupun penghantaran mesej-mesej bersifat membuli, ini kita sedang teliti dan selepas kita lihat aspek perundangan, kita akan wujudkan kategori baharu iaitu buli siber bagi membanteras kegiatan itu," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: gula-gula dadah , Chong Sin Woon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan