Kelab Diraja Selangor Diarah Batal Sidang Media - Zaid

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab Diraja Selangor tidak membenarkan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusannya untuk menyertai DAP pada Selasa.

Sehubungan itu, lokasi sidang media itu yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9.30 pagi itu terpaksa diubah dari kelab berkenaan di Bukit Kiara ke kediaman Zaid di Tropicana Country and Golf Resort di sini.

Zaid mendakwa, kelab berkenaan telah mendapat arahan daripada pihak atasan supaya membatalkan sidang media itu.

"Pihak kelab telah memaklumkan perkara ini kepada saya, bagaimanapun tiada maklumat terperinci mengenai alasan pembatalan itu diberikan kecuali mereka terima arahan daripada atasan.

"Jadi, ia akan diadakan di kediaman saya pada masa dan tarikh sama," katanya.

Ketika dihubungi, Kelab Diraja Selangor tidak dapat memberi maklumbalas berhubung perkara itu.

Zaid yang juga bekas ahli PKR dan Parti Kita merancang untuk kembali aktif dalam polis dengan menyertai DAP.

Menerusi jemputan yang diedarkan untuk sidang media itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang dijangka hadir, selain bekas perdana menteri yang juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tags / Kata Kunci: Zaid Ibrahim , DAP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan