Ijazah Palsu: KPT Ambil Tindakan Tegas

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 6:50 PM

Idris Jusoh (dua dari kiri) mendengar penerangan berkaitan CATs hasil kerjasama Upsi dan CMEDT sambil diperhatikan Pengerusi Eksekutif CMEDT, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) pada majlis pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket atau dalang yang bertanggungjawab menjual sijil akademik palsu di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan juga pada masa yang sama sedang menilai kaedah dan pendekatan yang perlu diambil dalam menangani masalah ini.

"Saya memberi amaran bahawa kementerian tidak akan berdiam diri, kita akan ambil tindakan tegas.

"Kita sedang berbincang cara mana kita boleh bertindak terhadap mereka," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai kewujudan sindiket yang menawarkan sijil kelayakan akademik pelbagai peringkat termasuk ijazah doktor falsafah (PhD) dalam tempoh 24 jam selepas bayaran dibuat.

Sindiket itu didakwa mengenakan bayaran antara RM11,000 hingga RM15,000 bagi mendapatkan sijil-sijil dari pelbagai negara di Asia Barat, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, Greece, Turki dan China.

"Kita tidak mahu penyalahgunaan PhD dilakukan sewenang-wenangnya," katanya.

Terdahulu Idris melancarkan kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) untuk memperkasakan bahasa Inggeris di institusi itu melalui Cambridge Accessible Tests  (CATs), sebuah aplikasi pembelajaran dalam talian.

CATs dijangka dilaksanakan secara berperingkat di Upsi bermula September ini melibatkan pelajar semester pertama, khususnya yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris.

Mengulas mengenai sistem CATs, Idris berkata, pelancarannya telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia.

"Sebagai universiti pendidikan utama Upsi mengambil inisiatif mendahului program yang menyokong pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris selaras dengan standard antarabangsa," katanya.

Tambahnya Upsi juga akan meneliti potensi penggunaan CATs dalam mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat pengajian tinggi dan kajian akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanannya.

Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , CATs

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan