Usain Bolt, Jack Ma Antara Penceramah GTF 2017

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut Olimpik Usain Bolt serta pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma merupakan antara penceramah pada Forum Transformasi Global (GTF) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mac, 2017.

GTF, anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), merupakan satu-satunya platform dunia untuk berkongsi dan membincangkan tindakan transformasi serta pengalaman di tiga peringkat utama iaitu kerajaan, perniagaan dan individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala berkata peningkatan dunia tanpa sempadan memerlukan transformasi boleh mengubah kehidupan, masyarakat, ekonomi, sehingga membawa kebahagiaan.

"Komponen transformasi termasuk pelbagai bidang yang semakin meningkat daripada penetapan sasaran dan mencapai sasaran ini menandakan kemungkinan usaha tanpa kesudahan dalam inovasi untuk mengubah dan berjaya.

"Rahsia ini akan dikongsi oleh penceramah jemputan yang telah melaluinya," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Bernama pada Ahad.

Forum yang bertemakan "Memacu Transformasi" ini juga akan menampilkan penceramah terkenal lain termasuk pengasas Virgin Group Sir Richard Branson, usahawan dan penulis 'The Pursuit of Happyness' Chris Gardner, dan pemenang 13 Formula One Grand Prix David Coulthard.

Kali terakhir GTF pada 2015 yang membawa penceramah termasuk pelakon dan ahli politk Arnold Schwarzenegger, bekas pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perdana Menteri New Zealand Helen Clark, pemenang enam kali 'Pengadil Terbaik FIFA', Pierluigi Collina, dan pengasas bersama Starbucks Zev Siegl, berjaya menarik lebih 3,000 perwakilan daripada 76 negara.

Tags / Kata Kunci: Usain Bolt , Jack Ma , GTF , Pemandu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan