Polis Pantau Pelajar Sekolah Terbabit Dadah - Khalid

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 2:12 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Polis sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan dadah agar perbuatan itu tidak terus menular, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata mengikut rekod memang ada pelajar yang cuba dipancing sindiket dadah tertentu agar menjadi pengedar dalam kalangan pelajar sekolah.

"Memang ada dalam rekod kita, tapi mereka bukan pengedar sebenar tetapi diberi upah oleh sindiket...jika diberi aiskrim pun mereka boleh lakukan (mengedar).

"Namun, setakat ini keadaan masih terkawal dan kita sedang giat mengawasi aktiviti secara dekat untuk tindakan susulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syeikh Ahmad di sini, Ahad yang dirasmikan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut hadir Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dan Pengarah Pelajaran Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

Menurut Khalid, pelajar yang terbabit dengan masalah dadah sebenarnya terdiri daripada mereka yang terlibat lebih awal dengan kumpulan kongsi gelap dan gangsterisme.

"Tumpuan polis juga ke arah pelajar yang terbabit dengan daun ketum dan juga anasir militan Daesh yang sedang mempengaruhi fahaman songsang dalam kalangan pelajar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 113 kes dadah membabitkan pelajar direkodkan di Kedah sepanjang tahun lalu manakala bagi Januari tahun ini, ia mencatatkan lapan kes.

Terdahulu dalam ucapannya Khalid berkata, penglibatan polis dalam kawasan sekolah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik dalam kalangan pegawai dan anggota polis, diharap dapat membendung masalah salah laku pelajar dan perlakuan jenayah.

"Saya mahu PPS lebih aktif, kreatif dan inovatif dalam menangani masalah disiplin pelajar ke arah melahirkan warganegara yang berdisplin dan bersahsiah tinggi.

"Kita juga mahu penglibatan pelajar dalam Kor Kadet Polis tidak dilihat sebagai mengisi kokurikulum sekolah semata-mata, tetapi lebih penting menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah dan polis untuk melaporkan perlakuan jenayah dalam kalangan pelajar," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dadah , PDRM , pelajar sekolah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan