Tragedi Lemas: Hanya Tunggu Korban

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 6:41 PM

Jenazah Sasabella Zulhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang lemas di kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya pada 4 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Setiap kali melalui kawasan bekas perlombongan bauksit itu, hati Tengku Sharizal Tengku Zahari menjadi tidak tenteram lebih-lebih lagi apabila melihat air mula bertakung di dalam 'kawah' yang mempunyai kedalaman lebih dua meter itu apabila banjir melanda dua minggu lepas.

Tengku Sharizal, 37, pengerusi Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang dekat sini, bertambah risau apabila melihat kelibat kanak-kanak yang kadangkala menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermain walaupun pernah beberapa kali dihalau.

"Akhirnya yang dibimbangkan selama ini telah terjadi dan lebih menyedihkan, ia meragut tiga nyawa kanak-kanak sekaligus," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Ahad.

Menurutnya penduduk di taman itu sendiri telah beberapa kali menyerahkan notis bantahan kepada pihak yang berkenaan supaya aktiviti perlombongan bauksit di situ dihentikan kerana ia dijalankan hanya 500 meter dari kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, katanya bantahan itu hanya dipandang sepi dan langsung tidak diendahkan sehinggalah kerajaan pusat mengenakan tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit sejak awal tahun lalu.

Tengku Sharizal, yang menetap di taman itu sejak 2006, berkata pengusaha lombong hanya bersikap lepas tangan dan meninggalkan kawasan yang dikorek itu menjadi perangkap maut tanpa menimbusnya kembali selepas mengaut keuntungan.

Beliau amat berharap kerajaan akan mengambil tindakan drastik menimbus semula kolam itu supaya ia tidak lagi memakan korban.

Seorang lagi penduduk Aziyadi Abdullah,46, yang menetap di taman itu sejak hampir 15 tahun lalu pula mengharapkan pihak kerajaan negeri dapat memagar kawasan terlibat untuk menghalang kanak-kanak daripada bermain di situ seperti mana dititahkan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Tindakan segera perlu diambil, jangan sampai perkara yang sama berulang baru kita hendak ambil tindakan. Saya sendiri tidak pasti lombong ini lombong haram atau sah sebab penduduk sendiri tidak kenal siapa pemiliknya," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama hari ini mendapati kolam yang dianggarkan sedalam dua meter yang mengorbankan tiga kanak-kanak semalam terus menjadi tumpuan orang ramai setelah berita mengenai kejadian itu mendapat liputan meluas di media massa. 

Namun amat membimbangkan, apabila kelibat kanak-kanak turut kelihatan berada berhampiran lombong itu tanpa pengawasan orang tua mereka selain terdapat satu lagi kolam hampir sama kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu tiga kanak-kanak iaitu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, serta rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemui mati lemas di kolam bekas lombong bauksit di taman itu.

Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan