Parking Bertingkat Dijangka Siap Hujung Tahun

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 9:36 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di 13 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek itu bakal memberi kelegaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa berdepan masalah kekurangan tempat letak kenderaan kritikal.

"Antara kawasan yang terlibat seperti di kawasan Bandar Tun Razak, Cheras, Wangsa Maju, Segambut dan banyak lagi. Setiap kawasan melibatkan kos yang berbeza-beza berdasarkan pada jumlah petak parkir dan jumlah tingkat yang dibina.

"Parkir bertingkat ini meliputi kemudahan tambahan seperti pembinaan dewan serba guna, gelanggang futsal, pusat penjaja, gerai dan surau. Ia bergantung atas permintaan penduduk," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program  Kenduri 1Wilayah Persekutuan (Kenduri 1WP) Parlimen Kepong, di sini pada Ahad.

Terdahulu semasa pengumuman projek berkenaan pada tahun lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz hari ini berkata projek kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menelan kos perbelanjaan RM408 juta.

Lebih 3,000 orang menghadiri Kenduri 1WP, yang merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menjalinkan ukhuwah dan menyatupadukan pelbagai kaum di kawasan Parlimen Kepong.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan pemberian sumbangan oleh Persatuan Penjaja Kepong kepada warga emas dan fakir miskin sempena Tahun Baharu Cina.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan