Sothianathan Dilantik Ahli CWC - Presiden MIC

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 9:41 PM

S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan dilantik sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk mendamaikan anggota parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel. 

"Sebelum 2013, kami (MIC) semua bersama-sama. Hanya selepas itu, kami berpecah.

"Tetapi jika kami tidak lakukan (bersatu), perpecahan akan sentiasa wujud," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di sini pada Ahad.

Beliau berkata pelantikan Sothinathan adalah penting untuk mengukuhkan MIC bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka sukar, oleh itu, "kami perlu memastikan parti kukuh dan bersatu". - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: S. Subramaniam , S. Sothinathan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan