Pengusaha Wajib Timbus Lombong Bauksit

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 8:21 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewajibkan pengusaha bauksit di Pahang supaya menimbus, memagar dan memasang papan tanda amaran di kawasan kolam bekas lombong bauksit di negeri berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia susulan kes tiga kanak-kanak lemas di sebuah bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, Sabtu.

"Saya berharap pengusaha-pengusaha lombong akan melaksanakan keperluan ini dan kementerian akan mencari satu pendekatan bagi mewajibkan semua pengusaha lombong untuk melaksanakan keperluan ini kelak," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad.

Wan Junaidi berkata beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains untuk menyiasat kewujudan bekas lombong sedemikian di Kuantan agar tindakan seterusnya dapat diambil dengan segera.

Katanya kementerian memandang serius kes kematian tiga kanak-kanak tersebut dan berharap pihak yang bertanggungjawab, termasuk pemaju lombong, mengambil tindakan sewajarnya dengan segera seperti yang dititahkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam pada itu, Wan Junaidi mengingatkan semua lapisan masyarakat agar memberi perhatian serius mengenai isu tersebut khususnya ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Beliau juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap insiden tersebut tidak berulang lagi.

Pada Sabtu, gara-gara ingin mengambil seluar yang terjatuh ke dalam kolam bekas lombong bauksit, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik, mati lemas dalam kejadian di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang, Kuantan, Pahang.

Mangsa ialah dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Bauksit , Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan