Keluarga Nureen Ain Mahu Saman Pihak Berkenaan

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 3:26 PM

Tiga maut selepas lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit petang Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk kepada Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang mati lemas di kolam bekas lombong bauksit dekat sini petang Sabtu, berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit di situ.

Aidil Omar, 78, berkata pihak terbabit sepatutnya mementingkan aspek keselamatan dengan mengambil langkah menimbus semula kawasan lombong yang dikorek supaya tidak terbiar begitu sahaja sehingga boleh meragut nyawa orang lain.

"Saya hendak saman pihak (jalankan perlombongan) bauksit ini... saya sangat sedih sebab dia cucu yang sangat rapat dengan saya, boleh dikatakan setiap hari Nureen Ain akan datang bermain di rumah saya.

"Pihak berkaitan kena pandang seriuslah benda ini sebab mereka korek bauksit di kawasan yang dekat dengan rumah penduduk, selepas ini saya akan minta bantuan nasihat cara yang perlu saya buat untuk teruskan saman ini," katanya.

Beliau berkata demikain kepada pemberita ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Nureen Ain di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat, dekat sini, Ahad.

Aidil yang juga pesara tentera itu berkata tindakan itu bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang mengaut keuntungan dengan cara mudah, namun dalam masa yang membahayakan keselamatan penduduk.

Beliau dalam masa yang sama turut merayu kepada pihak kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera menimbus semula kolam bekas lombong bauksit yang terbiar di sekitar daerah ini dan memagar kawasan berkenaan untuk menghalang kanak-kanak bermain di situ.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Nureen Ain bersama dua rakannya yang merupakan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemukan mati lemas di kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Beserah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan