Kes Kelar Bayi, Keluarga Akan Diberi Kaunseling - Azizah

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 1:45 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga ibu yang mengelar bayinya berusia dua bulan di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihaknya difahamkan bahawa ibu berusia 32 tahun itu mengalami gangguan emosi yang dikenali sebagai "meroyan" yang lazimnya berlaku kepada ibu selepas bersalin.

"Pihak kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan akan menyediakan kaunselor untuk memberi kaunseling kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil tamat latihan Modul Bakeri Program Latihan Kemahiran Khas Suri rumah "My Home Chef" 2.0, di sini Ahad.

Pada Sabtu, seorang ibu dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan setengah hingga mati dalam satu kejadian di Kuarters Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera itu berkemungkinan mengalami gangguan emosi.

Azizah berkata kes gangguan emosi dalam kalangan wanita selepas bersalin jarang berlaku di negara ini dalam bentuk yang ekstrem seperti yang berlaku kepada wanita terbabit.

Ditanya mengenai cadangan supaya jururawat yang melawat ibu selepas bersalin melakukan pemeriksaan mental, beliau berkata masalah "meroyan" sukar untuk dijangka dan boleh berlaku secara tiba-tiba.

"Memang sudah menjadi kelaziman bidan atau jururawat melawat ke rumah dalam tempoh berpantang, tetapi insiden seperti ini tidak boleh diramal. Memang ada kes meroyan tetapi tidak begitu ekstrem seperti ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: meroyan , kaunseling

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan