"Kami Akan Bantu Ibu Berkempen" - Azizul

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 10:26 AM

Azizul Annuar (tengah) mewakili ibunya, Jamilah Anu yang merupakan calon BN bersama dua pencabar daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Rapelson Richard Hamit (kiri) dan Parti Reformasi Negeri (Star) Johnny Aput (kanan) di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu pada Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem berjanji beliau dan keluarganya akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam tempoh 14 hari itu.

Azizul Annuar Adenan berkata ini kerana ibunya, Puan Sri Jamilah Anu masih berkabung.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan kepada Jamilah oleh penduduk Tanjung Datu yang hadir beramai-ramai ke pusat penamaan calon.

Pada masa sama, Azizul turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin BN kerana memberi kepercayaan terhadap ibunya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Azizul turut mengalu-alukan saingan dua pencabar dari parti pembangkang negeri itu dengan berkata ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.

"Pada mulanya kita berharap tidak akan ada apa-apa saingan tetapi ini adalah sebuah negara demokrasi.

"Sesiapa sahaja ada hak untuk bertanding. Kita tunggu 18 Februari ini dan lihat keputusannya," kata Azizul kepada pemberita ketika ditanya mengenai peluang ibunya untuk memenangi pilihan raya kecil itu.


Tags / Kata Kunci: PRK Tanjung Datu , Jamilah Anu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan