Tular Tiga Beradik Hias Kubur Ayah Sentuh Hati Netizen

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 5:03 PM

Ihsan Facebook, Faizul Ezmin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kisah tiga beradik menghiasi kubur ayah mereka dengan rumput karpet, yang tersebar sejak 2 Februari lalu, terus mendapat perhatian netizen.

Berdasarkan nukilan pemilik akaun Facebook bernama Faizul Ezmin, mereka bertiga berbuat demikian kerana tidak mampu membelikan rumah semasa arwah ayahnya masih hidup.

Malah Faizul yang menggelar dirinya sebagai Emen, mengakui mereka bertiga jarang melawat arwah ayahnya tetapi kini keadaan sudah berubah kerana mereka sering datang untuk membersihkan kubur.

Selain itu, Emen berkata, dia dan adik beradiknya tidak mampu menghiaskan kubur ayahnya dan mereka mengambil keputusan untuk meletakkan rumput karpet sebagai ganti.

Status yang dimuatnaik oleh Faizul Ezmin.

Dia sempat memberi pesanan kepada netizen supaya menghargai orang tua selagi mereka masih hidup.

"Yang masih hidup, ade mak abah tu... Kalau emak abah call, msg tu maknanya diorang rindu, so amik jela cuti... Duit banyak2 pun bukan leh tabur atas kubur mak abah tu nanti...," katanya.

Status Emen itu mendapat 14,000 'like' dan dikongsi lebih 6,052 selain mendapat 1,700 komen setakat Sabtu.

Rata-rata netizen menggangap kisah tiga beradik tersebut sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk lebih menghargai ibu bapa masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Tular , Faizul Ezmin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan