Jaga Perpaduan, Keharmonian Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 7:05 PM

Najib merasmikan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia anjuran Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) di FRIM, Kepong, Sabtu.
 Turut hadir Jamil Khir (dua, kanan) dan Joseph Kurup (kiri). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpaduan dan keharmonian kaum perlu diperkasakan untuk Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Menggunakan analogi pokok damar minyak yang ditanamnya di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2004, Najib berkata, pokok itu dijaga dan dibaja dengan baik sehingga menjadi sebatang pokok yang besar dan kukuh.

"Jangan sekali-kali kita tebang pokok yang kita dah tanam ini, sebab kalau kita tebang, bagi anai-anai makan, pokok rebah dan tumbang, kita tidak ada tempat berteduh (dan keadaan itu akan) menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di FRIM, Sabtu.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, serta Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), Datuk Azman Amin Hassan. 

Najib berkata, Malaysia pada hari ini, merupakan sebuah negara berbilang kaum dan agama yang bebas mengamalkan fahaman masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, sekalipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama Islam ialah agama rasmi persekutuan, namun penganut agama lain boleh mengamalkan anutan mereka dengan aman dan damai.

Najib berkata, sekalipun Malaysia penuh dengan kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan agama yang mungkin terlalu kompleks berbanding negara lain, namun asas perpaduan dan keharmonian itulah yang terus meletakkan Malaysia kekal aman dan makmur.

"Kalau kita sebagai pewaris-pewaris kepada pengasas negara (terus) mempertahankan perlembagaan, membawa makna kepada perlembagaan, mengukuhkan (perlembagaan), nescaya, negara kita terus hidup aman harmoni walaupun kepelbagaiannya, kemajmukannya mungkin yang terlalu kompleks berbanding dengan negara lain," katanya.

Najib berkata, kepelbagaian itu perlu dipertahan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat serta tidak menjejaskannya dengan perbuatan negatif sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan