MCA Sambut Baik Saranan UEC Dikaji Lebih Mendalam

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 4:58 PM

Chong Sin Woon bersama Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, AJM Muzammil menyalakan pelita tradisional sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke 69 di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia pada Sabtu. Foto ROHAIZAT MD DARUS/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA pada Sabtu menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar kajian dan penilaian mendalam dibuat terhadap Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) berhubung pengiktirafannya di peringkat kebangsaan.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah untuk memberi pengiktirafan penuh terhadap UEC kerana ia merupakan isu penting yang melibatkan kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam.

"Saya menyambut baik kenyataan berkenaan, malah Ketua Menteri Sarawak (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) juga membuat kenyataan bahawa UEC terus diiktiraf di negeri itu.

"Dong Zong juga telah menyatakan kesediaannya untuk berbincang dan mengemukakan beberapa syor bagi menyemak semula dan menambah baik peperiksaan itu agar ia sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan," katanya.

Chong berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Sri Lanka ke-69 anjuran Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid berkata, beliau akan meminta Menteri Pendidikan membuat kajian mendalam dan mengemukakan syor berhubung kedudukan UEC yang tidak diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Kata beliau, apabila syor itu siap disediakan, ia akan dibawa kepada Kabinet untuk diputuskan.

UEC adalah peperiksaan seragam yang dikendalikan kumpulan pendidikan Cina terkemuka, Dong Zong (Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Malaysia) yang terdapat di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara.

Pada 1960-an, sekolah itu diswastakan setelah mereka memilih untuk mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sijil Peperiksaaan Bersepadu , UEC

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan