Malaysia Minta Penjelasan Bangladesh Tidak Benarkan Misi Kemanusiaan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia Md Shahidul Islam di Kementerian Luar di Putrajaya.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Bangladesh berkaitan keputusan mereka yang tidak membenarkan 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

"Semasa pertemuan berkenaan, Anifah merakamkan rasa kesal yang mendalam terhadap keputusan Kerajaan Bangladesh bersandarkan kepada hubungan dua hala yang amat baik antara kedua-dua negara.

"Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh mengambil maklum akan kekesalan itu dan akan memberi maklum balas setelah mendapat penjelasan daripada Kerajaan Bangladesh," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Bernama.

Kenyataan itu menyebut, kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan kerajaan Bangladesh melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur dalam memastikan misi Food Flotilla dapat menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.

Misi kemanusiaan itu membawa 2,200 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon sebelum meneruskan perjalanan ke Teknaf serta kem pelarian di Bangladesh.

Teknaf merupakan pelabuhan terdekat dengan 65,000 orang pelarian Rohingya di Bangladesh yang melarikan diri dari Myanmar sejak 9 Oktober tahun lepas.

Pelepasan rasmi delegasi itu diketuai Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang pada Jumaat.

Misi 'Food Flotilla for Myanmar' adalah anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.

Ia disertai kira-kira 230 sukarelawan dari 13 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara.

Tags / Kata Kunci: Anifah Aman , Flotila , Rohingya , Bangladesh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan