Bot Karam: Laporan Bedah Siasat Mayat Wanita Diketahui Ahad - APMM

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 6:20 PM

Anggota polis mengusung mayat wanita mangsa bot pelancong karam ketika tiba di jeti Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 4 Sabah pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Laporan bedah siasat identiti mayat wanita dipercayai salah seorang daripada enam mangsa bot karam yang ditemui nelayan pukat tunda pagi tadi, akan diketahui selewat-lewatnya pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, mayat wanita itu telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth kira-kira jam 2.15 petang Sabtu untuk bedah siasat. 

Beliau berkata, laporan bedah siasat itu akan dilakukan dalam kadar segera dan proses pengecaman akan dibuat oleh anggota keluarga atau menerusi ujian DNA.

"Berdasarkan rekod yang diperolehi, ada dua daripada enam mangsa yang hilang ialah wanita warga China iaitu Dong Mei, 52; dan Wong Jien Yi, 30.

"Bagaimanapun, proses bedah siasat akan dibuat untuk pengesahan identiti (sama ada mayat wanita ditemui itu ada kaitan dengan bot karam) dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya esok," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Adam berkata, mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam yang disyaki pelancong warga China itu ditemukan nelayan tempatan di antara kawasan Pulau Mengalum dan Pulau Tiga kira-kira jam 9.25 pagi tadi dalam keadaan mereput. 

Mayat itu ditemukan di kedudukan lapan batu nautika ke barat daya Pulau Mengalum dan 13 batu nautika timur laut dari tempat bot karam serta 20 batu nautika ke barat laut Pulau Tiga, katanya. 

Menurutnya, sektor pencarian dalam operasi SAR yang masuk hari kesembilan pada Ahad, akan dianjak dengan memberi lebih tumpuan ke lokasi di mana mayat wanita itu ditemukan. 

Mengenai dua jaket keselamatan yang ditemui pasukan SAR pada Selasa dan Rabu lepas, katanya jaket keselamatan itu bukan milik syarikat pelancongan terbabit. 

Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum. 

Setakat ini 22 mangsa dijumpai selamat dan tiga mati. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan