Harga Petrol Naik: Jangan Jadi Alasan Naikkan Harga Barang

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 11:14 PM

Jamil Salleh (tengah) beramah mesra bersama warga emas dan anak yatim penghuni rumah kebajikan sekitar ibu kota ketika majlis Makan Malam Giant sempena Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen CIDB, Sabtu. Turut kelihatan Olivier Deplanck (tengah, belakang). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga runcit petrol pada bulan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.

"Kementerian mempunyai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang akan mengawal harga barang secara terperinci bagi kes-kes kenaikan harga yang tidak terkawal atau secara sewenang-wenangnya.

"Perlu ambil maklum juga, kita masih lagi menikmati harga bahan api terendah di Asia Tenggara kecuali Brunei dan tergolong dalam 15 negara yang menjual bahan api termurah dalam kalangan 180 negara di dunia," katanya dalam teks ucapan sempena majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Cina kurang berkemampuan sekitar ibu kota, di sini Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.

Sementara itu majlis makan malam anjuran pasaraya Giant menyaksikan seramai 1,000 masyarakat Cina daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre Oliver Deplank berkata, golongan kurang berkemampuan tersebut diraikan pada majlis makan malam itu bagi memberi peluang kepada mereka untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan