Penjajah British Tidak Letakkan Batu Puteh Sebagai Kawasan Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 12:24 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapati pentadbiran penjajah British di Singapura dalam urusan surat-menyurat dan petanya sekitar 1958-60an tidak meletakkan kawasan pertikaian Pedra Branca atau dikenali Batu Puteh dalam wilayahnya.

Penemuan fakta baharu itu terkandung dalam tiga dokumen yang dikemukakan oleh Malaysia sebagai menyokong permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Dokumen itu menunjukkan pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan Batu Puteh bukan sebahagian wilayah kedaulatan Singapura dalam urusan surat menyurat dalam tempoh 1958-1960an.

Permohonan semakan semula yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada 2 Februari lalu, kini boleh didapati menerusi laman web mahkamah berkenaan.

Dalam permohonan itu, Malaysia mengemukakan penemuan tiga dokumen di Arkib Negara Britain dalam tempoh 4 Ogos 2016 hingga 30 Januari 2017 sebagai fakta baharu.

Fakta baharu itu adalah urusan surat menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada tahun 1958; laporan kejadian oleh pegawai angkatan tentera laut British yang difailkan pada tahun 1958 dan peta beranotasi operasi tentera laut dari 1960-an.

Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membuktikan fakta baharu yang menyebut: "Pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan bahawa Pedra Branca/Batu Puteh bukanlah sebahagian daripada wilayah kedaulatan Singapura pada tempoh berkaitan).

Sehubungan itu, Malaysia menegaskan ICJ akan mencapai keputusan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Batu Puteh jika mahkamah mengetahui bukti baharu berkenaan.

"Berhubung dengan peruntukan perkara 61 Statut ICJ, Malaysia menegaskan fakta baharu itu tidak diketahui oleh Malaysia atau mahkamah ketika keputusan dibuat kerana "fakta itu hanya ditemui ketika menyemak fail arkib Pejabat Pentadbiran Kolonial British selepas dokumen berkenaan dibuka untuk kegunaan awam oleh Arkib Negara Britain selepas penghakiman dibuat pada 2008.

"Selain itu, Malaysia menegaskan pihaknya yang tidak mengetahui kewujudan fakta baharu itu, bukan disebabkan oleh kecuaian kerana dokumen berkenaan adalah dokumen rahsia yang tidak boleh diakses oleh orang awam selagi tidak dijadikan dokumen awam oleh Arkib Negara UK," katanya.

Malaysia berkata, permohonan itu juga memenuhi tempoh yang diperuntukkan oleh Statut, iaitu memfailkan permohonan dalam tempoh enam bulan penemuan fakta baharu pada atau selepas 4 Ogos 2016.

Katanya, selain itu permohonan dikemukakan sebelum tamat tarikh tempoh 10 tahun dari penghakiman pada 23 Mei 2008. Berikutan itu, Malaysia memohon kepada ICJ untuk memutuskan dan mengisytiharkan bahawa permohonan semakan semula keputusan 2008 boleh diterima sekali gus memohon supaya mahkamah menetapkan tempoh masa untuk mendengar merit permohonan.

Pada Jumaat, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam satu kenyataan menyatakan, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Permohonan berkenaan difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Batu Puteh , ICJ

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan